Kerjasama Ar Rahnu Pos Malaysia Dan Public Gold
POS Malaysia satu-satu POS di dunia telah mengeluarkan emas edisi POS yang pertama. Public Gold telah diberi kepercayaan untuk menjadi rakan niaga POS Malaysia sebuah syarikat GLC untuk mengeluarkan emas fizikal edisi POS Malaysia. Ciri-ciri emas edisi POS Malaysia adalah berkualiti dan sama dengan emas keluaran Public Gold.
Memandangkan emas fizikal Public Gold mempunyai pensijilan LBMA tanpa perlu dibuka SEAL untuk pengujian ketulenan dan berat. POS ArRahnu hanya menerima 2 produk emas fizikal iaitu:-
+ Public Gold
+ Pump Suisse
– Semasa hendak pajak emas tidak perlu bawa resit atau dokumen untuk emas fizikal Public Gold.
– Dokumen lain yang diperlukan adalah MyKad dan pelanggan yang ingin pajak perlu isi borang.
– Pihak POS ArRahnu akan semak nilai marhum dan pelanggan akan diberi pinjaman 75% daripada nilai emas(Nilai Marhum).
– Upah simpan 80sen setiap RM100 nilai marhum.
– Duit akan tunai pinjaman akan dibayar serta merta-merta.
– Tempoh pinjaman maksimum selama 6 bulan dan boleh disambung 6 bulang lagi.
– Surat akaun gadaian yang mempunyai no siri gadaian akan diberikan kepada pelanggan. Denda RM10 jika Surat akaun gadaian hilang dari simpanan pelanggan.
– Pelanggan boleh tebus awal dan nilai upah akan dikira mengikut tempoh pinjaman.
Contoh gadaian emas fizikal 20g Public Gold.
+ berat emas: 20g
+ nilai marhum semasa: RM3,511.80
+ nilai pinjaman: RM2,633.00
+ upah simpan: RM29.61
+ tempoh gadaian: 6 bulan
Saya tidak dapat nak kongsi emas selain jenama Public Gold samada diterima oleh POS ArRahnu kerana tidak mempunyai pengalaman jenama selain Public Gold. Boleh cuba bawa barang kemas emas untuk dinilaikan samada boleh diterima gadaian atau tidak.
Sekarang ini mudah untuk membeli emas secara online di Public Gold dan pelanggan boleh buat pilihan nak ambil emas fizikal samada di cawangan Public Gold atau POS ArRahnu berdekatan.